Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN BAKAL KEKANG ‘SCALPER’ YANG JUAL TIKET MELAMPAU

DALAM NEGARA

KERAJAAN BAKAL KEKANG ‘SCALPER’ YANG JUAL TIKET MELAMPAU

Kerajaan sedang meneliti undang-undang khusus bagi memerangi kegiatan ulat tiket yang memborong tiket sebelum menjualnya semula pada harga melampau, termasuk menerusi penggunaan bot automatik.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti undang-undang khusus bagi menangani kegiatan ulat tiket atau scalper yang memborong tiket sebelum menjualnya semula pada harga jauh lebih tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) bersama Kementerian Komunikasi dan agensi berkaitan sedang meneliti perkara itu, termasuk kegiatan pembelian tiket menggunakan bot automatik.

Menurutnya, kegiatan ulat tiket bukan sahaja menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga melampau, malah mendedahkan mereka kepada risiko penipuan apabila membeli daripada penjual tidak rasmi.

“Sekarang ini ramai yang teruja untuk dapatkan tiket Formula 1 Sepang 2026 yang bakal berlangsung bulan hadapan. Jadi berhati-hati buat pembelian,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Fuziah berkata, pembelian daripada penjual tidak rasmi berisiko menyebabkan pengguna menerima tiket palsu, tiket yang telah digunakan atau tiket yang dibatalkan penganjur.

Sehubungan itu, pengguna disaran menyemak saluran jualan rasmi, harga asal, identiti penjual serta syarat penggunaan tiket sebelum membuat pembayaran.

“Jangan mudah percaya kepada tangkap layar atau desakan seperti ‘bayar sekarang sebelum orang lain ambil’,” katanya.

Beliau berkata, kesedaran pengguna kekal sebagai benteng pertama dalam menangani kegiatan ulat tiket kerana selagi ada pihak yang sanggup membeli, kegiatan berkenaan akan terus berlaku.

“Gunakan kuasa anda sebagai pengguna. Jangan beli daripada ulat tiket, jangan tunduk kepada harga melampau dan jangan biarkan keterujaan menyebabkan diri anda menjadi mangsa,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading