Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT BAYI DITEMUI DISIMPAN DALAM LOKAR ASRAMA

DALAM NEGARA

MAYAT BAYI DITEMUI DISIMPAN DALAM LOKAR ASRAMA

Bayi lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejurus dilahirkan seorang pelajar berusia 19 tahun di tandas asrama, sebelum bertindak membungkus mayat bayi itu dengan kain dan disimpan di dalam lokar.

DUNGUN: Mayat bayi lelaki ditemukan dibungkus dengan kain di dalam lokar asrama di sebuah institusi pendidikan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi itu pada Khamis kira-kira jam 10.48 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejurus dilahirkan seorang pelajar berusia 19 tahun di tandas asrama pada Rabu lepas.

“Siasatan juga mendapati pelajar berkenaan membungkus mayat bayinya dengan kain selepas melahirkan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg sebelum menyembunyikannya dalam lokar asrama.

“Pelajar berkenaan melahirkan bayi itu pada usia kandungan lapan bulan. Tindakannya menyimpan mayat bayi berkenaan terbongkar selepas meminta bantuan pengurusan sebuah masjid untuk menguruskan pengebumian bayi itu semalam,” katanya.

Perkara itu terbongkar selepas pihak pengurusan sebuah masjid menghubungi pengurusan institusi berkenaan dan memaklumkan pelajar terbabit meminta bantuan untuk menguruskan pengebumian bayi itu.

Sementara itu, pelajar berkenaan dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di negeri itu dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan berdasarkan keterangan daripada beberapa saksi.

Nik Ab Halim berkata pihak polis juga sedang mengesan teman lelaki pelajar terbabit bagi membantu siasatan.

Mayat bayi lelaki itu dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading