Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN KELANTAN BERI JAMINAN BEKALAN AIR MENCUKUPI KETIKA AIDILFITRI

DALAM NEGARA

KERAJAAN KELANTAN BERI JAMINAN BEKALAN AIR MENCUKUPI KETIKA AIDILFITRI

Kerajaan Kelantan memberi jaminan bahawa bekalan air bagi penduduk negeri untuk kegunaan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Gambar FAIL

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan bahawa bekalan air bagi penduduk negeri untuk kegunaan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan negeri telah melakukan persiapan rapi termasuk mengambil langkah untuk mengatasi sebarang kemungkinan gangguan bekalan air.

“Kita sedia maklum bahawa kepulangan anak perantau semasa musim perayaan akan memberi kesan kepada bekalan air di negeri ini. 

“Oleh itu sebagaimana tahun-tahun lepas, kita telah membuat persiapan tambahan bagi memastikan kelancaran bekalan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau berkata antara langkah yang diambil adalah menyediakan pelan sokongan sekiranya berlaku gangguan bekalan air, termasuk menambah bilangan lori tangki untuk penghantaran air.

Mohamed Fadzli berkata pengguna yang terjejas boleh menghubungi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mendapatkan bantuan bekalan air. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading