KERAJAAN PALESTIN SEDIA LAKSANA PEMBINAAN SEMULA GAZA
Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Rabu berkata kerajaannya bersedia dengan rancangan untuk membina semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat perang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
RAMALLAH/ISTANBUL: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Rabu berkata kerajaannya bersedia dengan rancangan untuk membina semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat perang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Mengakui tugas itu sukar selain keadaannya kompleks, Mustafa berkata kerajaannya bersedia untuk usaha pembinaan semula Gaza dan meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkaitan bagi mencapai matlamat itu.
“Kita akan bangkit daripada malapetaka di Gaza ke arah pembentukan sebuah negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya, di bawah kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas dan melalui usaha institusi negara kita,” kata Mustafa pada satu bengkel di bandar Ramallah, Tebing Barat.
“Kita mahukan sebuah negara merdeka yang bebas daripada perang, pendudukan dan penempatan haram dan insya-Allah, bebas daripada pengangguran,” tambahnya seperti dipetik dalam kenyataan daripada pejabatnya.
Perdana menteri Palestin itu berkata jaminan bagi pembinaan semula Gaza bermula dengan “pemulihan penuh kepada legitimasi nasional.”
“Institusi sivil dan keselamatan negara adalah komponen yang mampu memimpin proses pemulihan, pembinaan semula dan penyatuan institusi bagi membuka jalan ke arah pembentukan sebuah negara merdeka di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.”
Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan fasa pertama pelan yang dikemukakannya pada 29 Sept untuk memeterai gencatan senjata di Gaza, membebaskan semua tawanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin, dan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh Semenanjung Gaza. Fasa pertama perjanjian itu mula berkuat kuasa pada Jumaat.
Di bawah perjanjian itu, Hamas membebaskan 20 tawanan Israel yang masih hidup dan menyerahkan mayat lapan lagi tawanan sebagai pertukaran untuk hampir 2,000 tahanan Palestin.
Fasa kedua pelan itu menyeru kepada pembentukan mekanisme tadbir urus baharu di Gaza tanpa penyertaan Hamas, penubuhan pasukan multinasional dan pelucutan senjata Hamas.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 67,900 penduduk Palestin di wilayah itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan menyebabkan sebahagian besar kawasan itu tidak lagi boleh didiami.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager