Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN TIGA PELAJAR, SEORANG BEKAS PELAJAR DISYAKI MEROGOL

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN TIGA PELAJAR, SEORANG BEKAS PELAJAR DISYAKI MEROGOL

Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.

ALOR SETAR: Polis menahan seorang bekas pelajar dan tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah di Baling yang disyaki terlibat dalam kes rogol bawah umur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada waris mangsa yang berusia 53 tahun pada 8.11 malam, Ahad lepas.

“Pada 11 pagi hari yang sama, pengadu telah dimaklumkan oleh guru disiplin sekolah berkenaan mengenai penularan satu rakaman bogel.

“Polis menahan tiga pelajar dan seorang bekas pelajar bagi membantu siasatan. Hasil siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lepas di beberapa lokasi termasuk di dalam kelas sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular berkenaan dan polis telah merampas enam telefon bimbit suspek.

“Permohonan reman terhadap empat suspek telah dibenarkan selama lima hari dari tarikh ditangkap (12 Okt) bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen rogol berkumpulan dan menghantar pornogafi kanak-kanak.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai, terutamanya ibu bapa dan penjaga untuk memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak, khususnya dalam kalangan remaja,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading