Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN TELITI IMPAK SEBELUM BUAT KEPUTUSAN MENGENAI RASIONALISASI SUBSIDI RON95 – PM ANWAR

DALAM NEGARA

KERAJAAN TELITI IMPAK SEBELUM BUAT KEPUTUSAN MENGENAI RASIONALISASI SUBSIDI RON95 – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, tiada kertas dasar mengenai rasionalisasi subsidi bahan api RON95. 

“Ada kajian dulu tetapi kita fikir lebih baik kita lihat dulu langkah-langkah yang diambil pada (kadar tarif) elektrik, (harga) ayam dan penyasaran subsidi diesel yang kita buat pada tahun ini dan tahun lepas.

“Kita lihat kesannya dahulu dan reaksi rakyat. Kemudian, barulah kita bersedia untuk berunding (mengenai) apakah keperluannya,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai keputusan kerajaan sama ada akan melaksanakan penyasaran bersasar bagi subsidi petrol RON95.

Anwar menegaskan penyasaran subsidi disifatkan wajar untuk menangani isu salah guna dan kecurian bahan api membabitkan warga asing sehingga mendatangkan kerugian yang besar kepada negara.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah sejak tahun lepas termasuk kawalan harga ayam yang ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Nov 2023 dan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Dis ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading