KERAJAAN UMUM DANA RM2 JUTA KEPADA PINTA UNTUK PERKASA MAAHAD TAHFIZ
Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Berucap pada majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam beliau berkata dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.
“Pada masa ini terdapat 175,000 pelajar tahfiz daripada 1,199 maahad tahfiz berdaftar sementara 125,000 pelajar tahfiz lagi di maahad tahfiz yang tidak berdaftar.
“Maahad tahfiz tidak berdaftar ini, yayasan (Pinta) akan bantu. Maahad tahfiz yang tidak berdaftar tidak dapat bantuan kerajaan kerana tidak penuhi syarat,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Yayasan Pinta dan Koperasi Pinta adalah dua institusi yang dilancarkan secara rasmi hari ini di bawah Pinta, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan huffaz dan maahad tahfiz di seluruh negara.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju supaya Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 dan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz dilancarkan hari ini.
“Ia merupakan kesinambungan kepada Pelan Tindakan DPTN 2016-2020. Proses pembangunan pelan ini diurussetiakan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta melibatkan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), agensi kerajaan dan persatuan-persatuan tahfiz,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya telah mengambil tiga maahad tahfiz angkat untuk dijadikan sebagai maahad tahfiz TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 10 menjelang akhir tahun ini.
“Ia bertujuan melatih huffaz untuk memiliki kemahiran elektrikal, membaiki motor, membaiki pendingin hawa bagi mendapatkan sijil, diploma dan ijazah,” katanya.
Beliau berkata Jawatankuasa Projek Khas Huffaz Profesional yang dipengerusikan beliau sendiri melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membangunkan tujuh modul yang signifikan bagi merealisasikan agenda melahirkan generasi huffaz profesional.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata peranan dan kedudukan al-Quran memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia MADANI.
Dimensi rohaniah dalam gagasan MADANI memberi penekanan terhadap usaha pemerkasaan aspek nilai, akhlak, adab dan tatasusila budaya yang luhur dalam segenap aspek kehidupan masyarakat, katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests