Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KES CURI KABEL BERULANG, MRT LALUAN PUTRAJAYA TERGENDALA SEJAK 5.24 PAGI

DALAM NEGARA

KES CURI KABEL BERULANG, MRT LALUAN PUTRAJAYA TERGENDALA SEJAK 5.24 PAGI

Penumpang MRT Laluan Putrajaya berdepan kelewatan dan waktu menunggu lebih lama selepas kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine menjejaskan operasi tren pagi ini.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Laluan Putrajaya mengalami kelewatan susulan kehilangan bekalan kuasa akibat kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen Taman Equine, pagi ini.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gangguan mula dikesan pada jam 5.24 pagi selepas sebuah tren tidak dapat bergerak di Stesen Taman Equine.

“Pasukan teknikal telah digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan dan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan bekalan kuasa serta perkhidmatan tren,” ulas Rapid KL.

Bagi memastikan perjalanan penumpang dapat diteruskan, tren alternatif beroperasi antara Kwasa Damansara dan UPM serta UPM dan 16 Sierra dengan kekerapan sekitar 10 minit.

Tren perantara dari 16 Sierra ke Putrajaya Sentral pula beroperasi setiap tujuh minit, manakala bas perantara ulang-alik percuma disediakan antara beberapa stesen terjejas dengan anggaran kekerapan 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik.

“Disebabkan gangguan operasi ini, penumpang dijangka mengalami waktu menunggu yang lebih lama di platform, terutamanya di Stesen UPM, Stesen 16 Sierra dan Stesen Putrajaya Sentral,” pengendali perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Penumpang yang menggunakan Laluan Putrajaya untuk ke Sepang menerusi perkhidmatan ERL di Putrajaya Sentral turut dinasihatkan memperuntukkan masa perjalanan lebih panjang atau menggunakan laluan alternatif melalui ERL KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan.

Rapid KL memaklumkan anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di lokasi berkaitan bagi membantu pergerakan penumpang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading