Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RAKAN SEKELAS IRENE SOFIYA DIREMAN ENAM HARI

DALAM NEGARA

RAKAN SEKELAS IRENE SOFIYA DIREMAN ENAM HARI

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang ditemui maut di sebuah sekolah di Yong Peng.

BATU PAHAT: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, semalam.

Perintah reman terhadap pelajar terbabit dibenarkan bermula hari ini hingga Jumaat depan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Batu Pahat.

Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pelajar lelaki yang dipercayai rakan sekelas mangsa tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat menaiki kereta polis kira-kira jam 10.20 pagi.

Semalam, mangsa yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemui maut di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng kira-kira jam 5.30 petang.

Allahyarham Irene Sofiya ditemukan oleh nenek dan rakannya dengan kecederaan parah di bahagian muka selepas mereka mencarinya di sekolah apabila mangsa tidak pulang ke rumah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading