KES DICULIK DUA LELAKI BANGLADESH PALSU

KLANG: Polis menafikan laporan berita yang tular di media sosial berhubung kisah seorang kanak-kanak bawah umur yang diculik dua lelaki warga Bangladesh.

Ketua Polis Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihak polis mengesahkan tiada kes culik seperti yang telah diviralkan.

“Pada 5 Mei 2021, remaja berkenaan telah keluar bersama dua lelaki Bangladesh yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang.

“Pihak polis juga mengesahkan remaja tersebut kini berada bersama keluarganya,” kata Nurulhuda.

Tambah beliau siasatan kini dijalankan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis katanya menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Tindakan akan diambil ke atas individu yang menyebarkan perkara tidak benar dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. — AlHijrah Online

Leave a Reply