KUALA LUMPUR: Masjid, surau Jumaat dan surau termasuk kawasan berkhemah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenar untuk melaksanakan solat Jumaat, solat fardu, solat sunat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pelaksanaan ibadah tersebut perlu dilakukan dengan penjarakan 1.5 meter mengikut kapasiti masjid, surau Jumaat dan surau.
Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Kuala Lumpur, Mohd Ajib berkata solat perlu dilaksanakan di masjid kariah atau surau masing-masing sahaja.
“Aktiviti Qiamullail dibenarkan 100 orang sahaja mulai jam 5.00 pagi dengan penjarakan fizikal 1.5 meter untuk kawasan PKP dan PKP Pemulihan (PKPP) iaitu Putrajaya dan Labuan.
“Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran di kawasan PKP dibenarkan secara bersemuka dengan kapasiti separuh dewan solat utama manakala bagi kawasan PKPP, dibenarkan mengikut kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya.
Menurut Mohd Ajib, di kawasan PKP takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 20 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa atau pegawai masjid sahaja sehingga jam 10.00 malam.
Manakala bagi kawasan PKPP di Wilayah Persekutuan, takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan jumlah peserta mengikut kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan 1.5 meter sehingga jam 10.00 malam.
Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, jamuan Hari Raya dan aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan bagi di Kuala Lumpur.
Bagi Putrajaya dan Labuan, jamuan selepas solat sunat Aidilfitri dibenarkan secara berbungkus manakala jamuan Hari Raya tidak dibenarkan.
Aktiviti Ziarah Kubur dibenarkan di Putarajaya dan Labuan kata Mohd Ajib dengan tidak melebihi enam orang bagi satu petak kubur dan tidak melebihi 30 minit.
“Kuliah atau tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan 1.5 meter di kawasan PKP.
“Manakala di kawasan PKPP, kuliah atau tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan separuh kapasiti masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan 1.5 meter,” katanya.
Tambah beliau, dengan kebenaran tersebut umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan dapat terus melipatgandakan amalan di penghujung Ramadan serta berdoa kepada Allah SWT agar penularan wabak Covid-19 di dalam negara Malaysia tercinta segera berakhir. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked