KES LANGGAR MATI TIGA PENUNTUT UITM: PEMANDU WANITA DIBENARKAN IKAT JAMIN
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan pemandu wanita yang didakwa atas pertuduhan membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam kemalangan pada 9 Okt tahun lepas diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini membenarkan pemandu wanita yang didakwa atas pertuduhan membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam kemalangan pada 9 Okt tahun lepas diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani dalam keputusannya berkata beliau mendapati hujah dikemukakan pihak peguam iaitu pelanggaran tersebut adalah tidak disengajakan dan tertuduh, Norizan Ismail, 50, juga terbabas ke dalam longkang ketika kejadian, adalah munasabah.
“Seperti nahas kapal terbang, takkanlah juruterbang bawa (pesawat) (sebab) nak bunuh orang. Mungkin dia macam itu juga,” katanya.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan bagi jaminan tersebut iaitu tertuduh perlu melapor diri dua bulan sekali di Balai Polis Dungun; tertuduh tidak dibenarkan memandu sebarang kenderaan (kereta, motosikal dan basikal) dan penjamin atau suami tertuduh hendaklah memastikan kunci kenderaan tidak boleh diakses atau memberi kunci kenderaan kepada tertuduh.
Syarat lain ialah tertuduh tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan kehadiran suaminya; tertuduh hendaklah mendapatkan rawatan di hospital berkaitan dan tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu saksi-saksi yang terlibat dalam kes ini.
Sekiranya tertuduh melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan, jaminan akan terbatal secara automatik dan wang jaminan akan dirampas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin namun beliau memohon agar permohonan jaminan ke atas tertuduh ditolak atas alasan mahkamah perlu mengambil kira kemungkinan berlaku kesalahan lain.
Sementara itu, peguam Mohd Shahir Mat Jusoh yang mewakili tertuduh memaklumkan bahawa selain mempunyai temu janji di sebuah hospital di Kuala Lumpur, Norizan juga sedang mendapatkan rawatan alternatif.
Pada 15 Okt 2024, Norizan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Muhammad Akmal Md Tukirim, 25, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dia juga didakwa cuba membunuh Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, sehingga menyebabkan mangsa cedera mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, mahkamah memutuskan tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani rawatan psikiatri dan keputusan laporan menunjukkan dia boleh dibicarakan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests