Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI WARGA EMAS YANG TULAR SERET ANJING DISAHKAN NYANYUK – POLIS 

DALAM NEGARA

LELAKI WARGA EMAS YANG TULAR SERET ANJING DISAHKAN NYANYUK – POLIS 

Lelaki yang tular di media sosial kerana menyeret seekor anjing di belakang motosikal di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, pada Ahad disahkan sebagai warga emas berusia 82 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dan mudah lupa.

Sumber Gambar: Media Sosial

SUNGAI PETANI: Lelaki yang tular di media sosial kerana menyeret seekor anjing di belakang motosikal di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, pada Ahad disahkan sebagai warga emas berusia 82 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dan mudah lupa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata lelaki itu, semasa soal siasat mengaku melakukan perbuatan itu terhadap anjing peliharaannya, namun tidak dapat mengingati sebab berbuat demikian. 

“Lelaki itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas ditahan oleh orang awam semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Hanyan anjing berkenaan telah dibawa oleh orang awam ke sebuah klinik haiwan berhampiran dan akan diserahkan kepada pihak veterinar selepas selesai menerima rawatan.

Pemeriksaan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan seekor anjing yang diikat dan diseret di belakang motosikal yang ditunggang seorang lelaki sehingga haiwan itu mengalami kecederaan. Kejadian itu dipercayai berlaku pada 4.30 petang  Ahad lepas. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading