Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES POSITIF COVID-19: IKEA DAMANSARA DITUTUP

DALAM NEGARA

KES POSITIF COVID-19: IKEA DAMANSARA DITUTUP

IKEA cawangan Damansara ditutup sementara
mulai hari ini.

PETALING JAYA: Syarikat perabot terkemuka, IKEA hari ini mengumumkan penutupan sementara cawangannya di Damansara mulai hari ini susulan beberapa kes positif COVID-19 yang dilaporkan.

Kes berkenaan disyaki dikesan dalam kalangan kakitangan serta pihak vendor perkhidmatan.

Dalam satu kenyataannya hari ini, IKEA memaklumkan kes-kes tersebut dikesan melalui siri ujian saringan yang lazimnya dijalankan oleh syarikat itu.

Menurut kenyataan itu lagi, IKEA menjelaskan syarikat itu telah dan akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak, ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi.

“Pihak kami dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menutup cawangan kami mulai hari ini sehingga diberitahu kelak untuk menjalankan pengesanan kontak rapat dan kerja-kerja sanitasi mengikut standard KKM.

IKEA

Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak memperincikan jumlah kakitangan yang didapati positif serta tarikh terakhir mereka berada di cawangan tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan IKEA sebentar tadi.

Menurut IKEA lagi, pelanggan yang dipercayai kontak rapat kepada kes positif tersebut akan dihubungi oleh pihak berkuasa sendiri.

IKEA Damansara pernah ditutup sementara pada 7 November lalu selepas seorang pekerja sambilan di cawangan tersebut dipercayai positif COVID-19. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading