PKPP DILANJUTKAN HINGGA 31 MAC

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir semalam, dilanjutkan hingga 31 Mac depan di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perintah itu sudah direkodkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya keputusan lanjutan itu juga berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati peningkatan ketara kes Covid-19 masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. – AlHijrah Online

Leave a Reply