KES TEMBAK: MOTIF DISYAKI AKIBAT DENDAM BABITKAN KONGSI GELAP – POLIS
Kejadian seorang lelaki yang maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah–Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson pada Rabu lepas dipercayai bermotifkan dendam membabitkan kongsi gelap.
SEREMBAN: Kejadian seorang lelaki yang maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah–Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini pada Rabu lepas dipercayai bermotifkan dendam membabitkan kongsi gelap.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata setakat ini, pihaknya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan selain merampas sepucuk pistol dan beberapa butir peluru dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.
“Kita masih lagi mengesan suspek dan saksi untuk bantu siasatan dan setakat ini, tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan.
“Polis percaya kes ini disebabkan balas dendam, lelaki yang maut itu merupakan pengawal keselamatan kepada lelaki cedera yang disyaki merupakan pemimpin kepada kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, manakala seorang lagi lelaki berumur 47 tahun cedera selepas ditembak dua suspek yang menaiki motosikal.
Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata hingga kini, tiada pihak yang tampil membuat laporan atau memberikan maklumat berkaitan insiden seorang lelaki yang cedera terkena tembakan ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling semalam.
“Polis kini sedang mengesan individu terlibat. Kita tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pemburu haram di hutan di negeri ini,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata ketika kejadian, mangsa berusia 47 tahun itu berada di lokasi seorang diri sebelum terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.
Mangsa yang bekerja sendiri itu dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked