RIBUT KUAT LANDA GAZA RAGUT 11 NYAWA, KEROSAKAN MELUAS DILAPORKAN
Ribut kuat dan sistem tekanan rendah yang melanda Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera susulan runtuhan bangunan serta banjir di pelbagai kawasan wilayah itu.
GAZA: Ribut kuat dan sistem tekanan rendah yang melanda Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera susulan runtuhan bangunan serta banjir di pelbagai kawasan wilayah itu.
Perkhidmatan ambulans dan kecemasan melaporkan lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebuah rumah yang menempatkan keluarga pelarian runtuh di kawasan Beir al-Naaja di bandar Beit Lahiya, utara Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dua lagi maut apabila dinding besar tumbang ke atas khemah keluarga pelarian di kejiranan Al-Rimal di barat Bandar Gaza awal Jumaat.
Seorang rakyat Palestin turut terbunuh pada Khamis apabila dinding runtuh di kem pelarian Shati.
Sementara itu, dua kanak-kanak cedera selepas khemah mereka runtuh di kawasan Al-Amadi, manakala suhu sejuk melampau menyebabkan seorang bayi meninggal dunia di dalam khemah pelarian di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis pada Khamis.
Pasukan pertahanan awam melaporkan sekurang-kurangnya 10 rumah runtuh dalam beberapa jam lalu, termasuk dua di kejiranan Al-Karama dan Sheikh Radwan.
Penduduk rumah keluarga Darbieh di Sheikh Radwan dipindahkan selepas pintu masuk rumah runtuh, manakala keluarga Al-Madhoun turut dipindahkan berhampiran bulatan Al-Karama di Bandar Gaza.
Sistem tekanan rendah itu juga menyebabkan keseluruhan kem pelarian di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis dilanda banjir serta menyebabkan kerosakan di kawasan luas di Al-Basa dan Al-Baraka di Deir al-Balah, pasar utama di Al-Nuseirat, serta kawasan Yarmouk dan Al-Mina di Bandar Gaza.
Menurut Pertahanan Awam, kira-kira 250,000 keluarga kini tinggal di kem pelarian di seluruh Semenanjung Gaza, kebanyakannya berdepan cuaca sejuk dan banjir di dalam khemah yang uzur, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt, keadaan hidup di Gaza tidak berubah kerana Israel terus mengenakan sekatan ketat terhadap kemasukan trak bantuan, melanggar protokol kemanusiaan perjanjian itu.
Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh lebih 70,000 orang – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 171,000 yang lain di Semenanjung Gaza, dengan serangan masih berterusan walaupun gencatan senjata telah berlangsung selama dua bulan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests