POLIS BUKA KERTAS SIASATAN VIDEO TULAR TRELER BAWA HELIKOPTER
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular di media sosial yang memaparkan treler membawa muatan helikopter di jalan awam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung video itu pada 8.06 malam semalam.
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular di media sosial yang memaparkan treler membawa muatan helikopter di jalan awam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung video itu pada 8.06 malam semalam.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 4 Dis pada 4.30 petang apabila sebuah treler membawa muatan helikopter tidak dapat melalui susur jalan dari Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya.
“Muatan yang terlalu panjang menyebabkan lori berkenaan tersangkut, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata pergerakan sebuah ambulans turut dilihat terjejas akibat kesesakan berkenaan.
Beliau berkata setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Kaedah 9(2) LN 166/59.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Insp Mohd Azizul Hakim Roslan di talian 011-289 14495.
Terdahulu, video memaparkan sebuah lori yang membawa muatan helikopter dipercayai tersangkut di susur lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan trafik tular di media sosial dan kejadian itu dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked