Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KESEMUA 30 RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI SUDAN BERLEPAS KE JEDDAH

DALAM NEGARA

KESEMUA 30 RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI SUDAN BERLEPAS KE JEDDAH

PUTRAJAYA: Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di ibu negara Sudan Khartoum, selamat meninggalkan Port Sudan ke Jeddah Arab Saudi awal hari ini (waktu Sudan).

Antara kapal yang membawa rakyat pelbagai negara dari Sudan selamat tiba di Jeddah. — AFP

PUTRAJAYA: Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di ibu negara Sudan Khartoum, selamat meninggalkan Port Sudan ke Jeddah Arab Saudi awal hari ini (waktu Sudan).

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) berkata semua rakyat Malaysia meninggalkan pelabuhan itu dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi, selepas menempuh perjalanan yang sukar selama 30 jam melalui darat bermula dari Khartoum.

“Perjalanan merentasi Laut Merah dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam,” katanya dalam ciapan tweet hari ini.

Wisma Putra turut merakamkan penghargaan ikhlas kepada Kerajaan Arab Saudi dan UAE kerana menjayakan pemindahan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa atas semangat belas kasihan, Malaysia turut membantu warga Kemboja, Palestin, Filipina, Singapura, Sudan, Thailand, dan Amerika Syarikat meninggalkan Sudan dengan selamat di bawah pengawasan rapi dan usaha operasi pemindahan Malaysia.

Setakat ini, lebih 400 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera sejak konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus pada 15 April lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading