PANGGILAN VIDEO ISTERI SELAMATKAN SUAMI DALAM KEJADIAN ROMPAKAN PELANTAR MINYAK
KOTA TINGGI: Panggilan video isteri kepada seorang daripada kru pelantar minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, menjadi penyelamat apabila suami dan rakan sekerjanya menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di pelantar tersebut, Isnin lepas.
Empat suspek warga tempatan ditahan dalam kes rompakan berkumpulan pada 24 April lalu di pelantar Aurora Producer 1, Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat. — Bernama
KOTA TINGGI: Panggilan video isteri kepada seorang daripada kru pelantar minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, menjadi penyelamat apabila suami dan rakan sekerjanya menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di pelantar tersebut, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata ketika kejadian pada kira-kira pada pukul 10.30 malam itu, hanya terdapat dua kru lelaki berusia 24 dan 32 tahun di pelantar tersebut yang berada di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat.
Beliau yang juga memangku jawatan Ketua Pengarah Maritim Malaysia berkata tindakan pantas isteri kru berusia 24 tahun terbabit yang melaporkan kepada pihak maritim sebaik menyaksikan telefon bimbit suaminya dirampas oleh seorang individu ketika sedang membuat panggilan video, membantu pihak berkuasa menahan kesemua empat lelaki tempatan terbabit.
“Bot ronda Maritim tiba di lokasi kejadian pada 12.30 tengah malam Isnin selepas menerima laporan dan menemukan sebuah bot gentian kaca yang digunakan empat individu terbabit di bawah pelantar.
“Menyedari kehadiran bot ronda, empat individu terbabit bertindak menenggelamkan bot gentian kaca itu dipercayai untuk melupuskan bahan bukti, sebelum berpaut pada pelantar dan terjun ke laut, namun berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua lelaki berusia 27 hingga 47 tahun yang memakai topeng dan bersenjatakan parang itu, bukan sahaja bertindak menyerang dan menumbuk kedua-dua mangsa, malah menutup mulut, mengikat kaki dan tangan serta mengurung mangsa di dalam sebuah kabin.
Bagaimanapun Saiful Lizan berkata kedua-dua mangsa terbabit berjaya melepaskan ikatan selepas terkurung selama dua jam dan bertindak bersembunyi sehingga menunggu ketibaan pihak berkuasa.
Saiful Lizan berkata kesemua empat individu terbabit, dua daripadanya adik-beradik, sempat mencuri beberapa kabel logam, perkakasan kerja pelantar dan dua telefon bimbit milik kru terbabit, namun jumlah keseluruhan barang rompakan masih dalam siasatan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga daripada empat perompak yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya melibatkan kes dadah dan memiliki senjata berbahaya.
Kesemua mereka direman selama lima hari bermula semalam (25 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked