Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA OKU MAUT DIPANAH PETIR KETIKA BERMAIN BOLA SEPAK

DALAM NEGARA

REMAJA OKU MAUT DIPANAH PETIR KETIKA BERMAIN BOLA SEPAK

Seorang remaja kurang upaya (OKU) maut manakala rakannya kritikal selepas dipanah petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.

Sumber Gambar: Media Sosial

PAPAR: Seorang remaja kurang upaya (OKU) maut manakala rakannya kritikal selepas dipanah petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa Muhammad Zulqilfie Redzwan berusia 13 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu.

“Pasukan EMRS memberi rawatan awal pada mangsa yang cedera dan menyerahkan kepada pihak kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke Hospital Papar.”

“Seorang lagi mangsa bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian,” menurutnya lagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading