GAZA: Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan keberkatan dan kegembiraan kini bertukar menjadi ujian berat bagi penduduk Gaza yang terus dihimpit dengan sekatan bantuan Israel.
Abdullah al-Ashqar, 45, seorang pekerja di tapak pembinaan dan bapa kepada lima anak hanya mampu berdiri di hadapan rak-rak kedai runcit yang kosong, dihiasi tanda harga yang melambung tinggi.
“Dahulu, Ramadan membawa kegembiraan buat kami. Kami akan berkumpul di sekeliling meja, berbuka puasa bersama dan bau roti segar memenuhi segenap penjuru rumah,” kenang al-Ashqar.
Pada awal Mac, pihak berkuasa Israel menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan alasan tamatnya fasa pertama perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, yang menyebabkan penutupan pintu sempadan Kerem Shalom – laluan utama Gaza untuk mendapatkan makanan, ubat dan bahan bakar.
Sekatan itu berlaku tepat pada saat lebih dua juta penduduk Gaza bersiap menyambut Ramadan, dengan banyak keluarga melalui bulan mulia ini dengan perut kosong, lapor Xinhua.
“Anak-anak saya bertanya setiap hari, ‘Apa yang kita nak makan hari ini?’ Malangnya saya tiada jawapan,” kata al-Ashqar.
Sebelum konflik, pendapatannya cukup untuk membeli keperluan asas.
Kini, dengan rantaian bekalan terputus, barangan keperluan telah menjadi kemewahan yang tidak mampu dimiliki.
Di seluruh Bandar Gaza, pasar yang suatu ketika dahulu sibuk kini sepi. Peniaga makanan seperti Mahmoud al-Far hanya mampu melihat dengan rasa tidak berdaya ketika pelanggan bertanya tentang harga tetapi kemudian pergi dengan tangan kosong.
“Penutupan Kerem Shalom bermaksud tiada apa yang masuk,” jelas al-Far, sambil menunjukkan rak kosong yang dahulunya dipenuhi beras, gula dan minyak masak.
“Orang datang, bertanya tentang harga dan kemudian berlalu pergi. Mereka tidak mampu membeli walaupun sekadar barangan asas.”
Bagi Mariam al-Hattab, seorang ibu kepada tujuh anak yang sebelum ini menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu rumah, keadaan ini lebih memeritkan.
“Saat paling sukar bagi saya adalah apabila anak bongsu saya meminta makanan, dan saya tiada apa-apa untuk diberi kepadanya.
“Bagaimana anda mahu beritahu seorang anak kecil bahawa tiada apa-apa untuk dimakan?” kata al-Hattab dengan linangan air mata.
Pegawai Hamas menyifatkan sekatan ini sebagai hukuman kolektif.
Salama Maarouf, ketua pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas menegaskan bahawa “penutupan pintu sempadan Kerem Shalom bermakna menyekat bantuan kemanusiaan, menghentikan bekalan ubat-ubatan dan mewujudkan situasi kekurangan makanan yang dahsyat.”
Sementara itu, Israel mendakwa langkah sekatan adalah perlu atas faktor keselamatan, dengan alasan bimbang bantuan boleh disalahgunakan oleh Hamas untuk tujuan ketenteraan.
Namun, kumpulan kemanusiaan menyifatkan sekatan yang dikenakan kini melangkaui langkah keselamatan dan mengakibatkan bencana kemanusiaan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berulang kali memberi amaran bahawa Gaza kini berada di ambang kebuluran.
Di kebanyakan negara Islam, Ramadan adalah bulan yang menyatukan keluarga dan masyarakat dalam semangat persaudaraan dan berkongsi rezeki.
Namun, bagi rakyat Gaza, ia kini menjadi ujian getir yang menguji ketahanan jiwa dan raga.
“Dahulu kami duduk bersama di meja iftar, walaupun sekadar hidangan sederhana.
“Kini, kami duduk diam. Saya tidak mahu anak-anak melihat kesedihan saya, tetapi saya juga tiada apa untuk diberikan kepada mereka,” kenang al-Hattab. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.