KESIHATAN TUN M BAIK, TELITI DOKUMEN DAN MENULIS DI IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih mampu melakukan rutin kerjanya walaupun sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu, Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan selepas disahkan mengalami jangkitan.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook rasminya, malam ini.
“Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dan meneliti beberapa fail di wad hospitalnya di Institut Jantung Negara pada Khamis.
“Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada Selasa dan dirawat kerana jangkitan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.–AlHijrah Online