KETETAPAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA SEMASA SOLAT AIDILFITRI DIUMUM DALAM MASA TERDEKAT – MOHD NA’IM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.
Beliau berkata walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi tersebut sebelum keputusan mengenainya diambil.
“Dalam Islam memang kita digalak untuk berjaga-jaga, lebih-lebih lagi dalam hal mengawal diri bagi pastikan wabak COVID-19 tidak merebak, namum sebarang ketetapan perlu dirunding dan dibincangkan dengan pihak berwajib terlebih dahulu.”
“Saya akan berbincang segera dengan Ketua Pengarah Jakim (Datuk Hakimah Mohd Yusoff) dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Prof Madya Luqman Abdullah) bagi melihat keperluan mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh jemaah ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan mewajibkan atau menggalakkan pemakaian pelitup muka ketika solat Aidilfitri sebagaimana dilakukan Perlis.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini dilaporkan bertitah jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh Perlis digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID akhir-akhir ini.
Titah berkenaan adalah selaras dengan pelaksanaan solat Aidilfitri di seluruh negeri itu yang turut digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada 8 pagi, sama seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita selepas menjadi tetamu Program Nota Rohani: Raikan Kemenangan Istiqamah Beribadah di Bernama Radio di sini hari ini, Mohd Na’im berkata hasil perbincangan itu kemudiannya akan dibawa dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan sebelum keputusan mengenainya diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan setiap negeri mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggunakan pendekatan sebagaimana dilakukan Perlis bagi bersama-sama menghalang kemungkinan penularan jangkitan COVID-19.
“Bagi masjid dan surau di bawah Jakim, kita akan mulakan perbincangan mengenai ketetapan pemakaian pelitup muka, manakala untuk negeri-negeri lain, kita serahkan kepada kebijaksanaan majlis agama dan pengurusan masjid dan surau menentukan pendekatan terbaik masing-masing,” katanya.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan dilaporkan berkata tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager