Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KJ JAMIN WARGA PENDIDIK TERIMA VAKSIN SEBELUM SEKOLAH DIBUKA

DALAM NEGARA

KJ JAMIN WARGA PENDIDIK TERIMA VAKSIN SEBELUM SEKOLAH DIBUKA

KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan semua warga pendidik akan menerima sekurang-kurangya satu dos vaksin COVID-19 sebelum tarikh pembukaan semula sekolah yang dijangka pada September depan.

Katanya beliau akan bekerjasama dengan Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin untuk memastikan perancangan itu berjalan lancar.

“Saya bersama Menteri Pendidikan memberi jaminan semua warga pendidik akan diberi vaksinasi sebelum pembukaan sekolah,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Khairy Jamaluddin setakat 27 Julai, 303,682 guru (73.5 peratus), 45,197 anggota kumpulan pelaksana (67 peratus) dan 33,633 pekerja perkhidmatan sokongan kontrak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi sekolah swasta pula, 12,894 guru (66.8 peratus) dan 3,026 (54 peratus) kakitangan sokongan sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) kata Khairy Jamaluddin akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengenal pasti guru yang belum mendapat temu janji.

“Terdapat sebilangan yang menolak vaksin dikalangan guru dan saya menyeru pihak pentadbir dapat membuat capaian kepada golongan tersebut supaya tidak tercetusnya jangkitan selepas pembukaan sekolah,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading