Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KJ JATUH PARIT, CEDERA LANGGAR LUBANG KETIKA BERBASIKAL

DALAM NEGARA

KJ JATUH PARIT, CEDERA LANGGAR LUBANG KETIKA BERBASIKAL

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengalami kecederaan ringan semasa berbasikal akibat melanggar sebuah lubang.

Ahli Parlimen Rembau itu berkongsi gambar kemalangan yang dialaminya melalui hantaran di akaun Instagram dan Twitter beliau, hari ini.

Berdasarkan apa yang ditulis oleh Khairy, basikalnya dipercayai melanggar lubang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.

Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Bakar‏ memaklumkan melalui Twitternya, Khairy hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di hospital berdekatan.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” kata Raja Syahrir.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading