KOMANDER HAMAS, TIGA ANGGOTA PEJUANG PALESTIN SYAHID

Sumber Gambar: MOHAMMED ABED / AFP

BAITULMAQDIS: Serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis Israel di Genting Gaza, Palestin telah mengorbankan seorang komander Hamas, Iyad Fathi Faik Sharir serta tiga anggota kanan pejuang Palestin, pada tengah hari Selasa.

Menerusi ciapan di Twitter Israel Defense Forces, mereka telah membunuh komander Hamas yang mengetuai unit misil anti kereta kebal.

“Kami baru membunuh komander Hamas yang mengetuai unit misil anti kereta kebal, Iyad Fathi Faik Sharir. Beliau ditugaskan untuk mengendalikan serangan misil ke atas tentera Israel,” dalam kenyataan mereka.

Turut terkorban tiga anggota Jihad Islam iaitu kumpulan pejuang Palestin dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis Israel dalam sebuah bangunan apartmen di kawasan penduduk al-Rimal di bandar Gaza.

Lapor Agensi, ketiga-tiga anggota tersebut dibunuh bertanggungjawab dalam serangan roket yang dilancarkan kumpulan Jihad Islam ke atas Israel, kata tentera Israel dan Shin Bet.

Media Palestin turut melaporkan beberapa orang lagi cedera dalam kejadian tersebut, bagaimanapun masih belum diketahui sama ada mereka ialah orang awam atau anggota kumpulan pejuang Palestin.

Sumber Gambar: MOHAMMED ABED / AFP

Sebelum ini, tentera Hamas memberikan kata dua kepada Israel agar pasukan keselamatan rejim Zionis Israel berundur dari Masjidil al-Aqsa serta kawasan penduduk Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

Kata dua itu bagaimanapun dibuat endah oleh rejim Zionis dan menyebabkan Hamas melancarkan serangan-serangan roket ke arah Israel, pada Isnin lalu.

Ketegangan yang berlaku bermula dengan pertempuran antara penduduk Palestin dengan polis Israel perkarangan masjid tersebut sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, penduduk Palestin bertindak membantah tindakan Israel merampas rumah-rumah keluarga Palestin di Sheikh Jarrah selepas sebuah mahkamah daerah Yahudi di Baitulmaqdis membuat keputusan pada awal tahun ini untuk mengusir beberapa keluarga Palestin.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply