KUALA LUMPUR: Susulan krisis di wilayah konflik Palestin, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Tebing Barat, Palestin dalam masa terdekat.
Ia berikutan serangan tentera Israel ke atas Gaza awal minggu ini susulan pertempuran di antara pihak keselamatan Israel dengan warga Palestin di Baitulmaqdis Timur di Tebing Barat pada minggu lalu.
MERCY Malaysia juga merayu sumbangan dana dengan sasaran awal RM1 juta untuk membantu situasi di wilayah bergolak terbabit, khususnya dalam menyampaikan bantuan perubatan dan kecemasan.
Presiden MERCY Malaysia, Prof Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata pihaknya akan menggerakkan MERCY di Gaza dan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa di Tebing Barat.
Katanya, MERCY Malaysia akan menyalurkan tiga jenis bantuan dalam fasa kecemasan ini iaitu bantuan ubat-ubatan dan peralatan ke hospital di kedua-dua kawasan terbabit, bantuan makanan dan shelter (tempat perlindungan sementara) dan bantuan kesihatan mental dan psikososial buat mangsa trauma.
“Fasa pertama akan menggunakan peruntukan sedia ada. Bagaimanapun, kita memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk menyampaikan bantuan kecemasan ke Gaza dan Tebing Barat dengan sasaran awal kutipan dana RM1 juta.
“Kita akan melihat kepada keperluan semasa warga Palestin yang terjejas di Gaza dan Tebing Barat,” katanya kepada AlHijrah Online di sini hari ini.
Dr Faizal berkata MERCY Malaysia mengikuti perkembangan di Palestin selepas berlakunya pengusiran penduduk Palestin di Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur, yang menyaksikan situasi semakin rumit dan membawa kepada serangan Israel ke atas wilayah Gaza.
Setakat awal pagi ini, seramai 32 warga Palestin terkorban di Gaza akibat serangan Israel dengan lebih 220 dilaporkan cedera mengikut statistic dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin (Gaza).
Sebarang sumbangan kepada MERCY Malaysia boleh disalurkan kepada MERCY Humanitarian Fund: 5621 7950 4126 (Maybank) dengan rujukan: Palestine Relief Fund atau layari http://www.mercy.org.my.
Sumbangan zakat dan wakaf juga boleh disalurkan melalui saluran Islamic Social Financing (ISF) MERCY Malaysia. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.