Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMPAUN RM10 RIBU BAGI YANG INGKAR SOP BERULANG KALI

DALAM NEGARA

KOMPAUN RM10 RIBU BAGI YANG INGKAR SOP BERULANG KALI

JELI: Individu ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang kali akan dikenakan kompaun RM10,000 mula berkuat kuasa 11 Mac ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar SOP sedia ada.

Bagaimanapun, polis akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan rekod yang mereka ada.

“Ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000 namun ia bukan dikenakan kepada semua kesalahan.

“Ianya untuk kesalahan tertentu iaitu mereka yang degil dengan melakukan kesalahan berulang serta melanggar SOP termasuk rentas negeri yang menyebabkan penularan COVID-19,” katanya semasa melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, hari ini.

Tambahnya lagi, rayuan bagi pengurangan nilai kompaun boleh dilakukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebelum ini, kadar kompaun baharu tersebut telah ditetapkan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan pada 25 Februari lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading