Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONSEP E-BAZAR PANDU LALU, ‘PICK-UP’ AKAN DIPERHALUSI

DALAM NEGARA

KONSEP E-BAZAR PANDU LALU, ‘PICK-UP’ AKAN DIPERHALUSI

PUTRAJAYA: Cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ akan diperhalusi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pada masa ini kabinet bersetuju membenarkan kaedah pesanan dalam talian dan penggunaan perkhidmatan e-hailing untuk penghantaran.

“Kabinet minta perkara ini terus diperhalusi, kerana kebimbangan kita adalah dari segi jumlah kenderaan terlibat apabila konsep pandu lalu dan sebagainya diperkenalkan, saya percaya ramai akan keluar serentak dan akhirnya menyebabkan jumlah yang ramai.

“Jika mereka dibenarkan keluar walaupun pandu lalu atau ambil produk dipesan, akan ada lebih banyak alasan yang diberikan kepada pihak polis, khususnya mereka yang agak sukar mematuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan PKP. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading