Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONTENA JATUH DARI JEJAMBAT HEMPAP DUA LORI

DALAM NEGARA

KONTENA JATUH DARI JEJAMBAT HEMPAP DUA LORI

KLANG: Sebuah kontena berisi kotak kitar semula yang dibawa sebuah lori terjatuh dari atas jejambat di Jalan Pelabuhan Klang dan menghempap dua buah lori yang sedang lalu di bawah jejambat itu.

Gambar Tular

KLANG: Sebuah kontena berisi kotak kitar semula yang dibawa sebuah lori terjatuh dari atas jejambat di Jalan Pelabuhan Klang dan menghempap dua buah lori yang sedang lalu di bawah jejambat itu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, salah satu lori tersebut dihempap di bahagian hadapan dan menyebabkan pemandunya tersepit dan cedera.

Mangsa Rusaini Hassani, 49, yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 petang tadi turut tular di media sosial menerusi perkongsian video dan gambar orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner S Vijaya Rao yang dilapor Sinar Harian, siasatan awal mendapati lori kontena dari arah jejambat Westport menuju ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) telah hilang kawalan sebelum terbabas.

Katanya polis telah merakam percakapan pemandu lori kontena dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading