Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOPERASI PERMODALAN FELDA UMUM DIVIDEN LIMA PERATUS

DALAM NEGARA

KOPERASI PERMODALAN FELDA UMUM DIVIDEN LIMA PERATUS

KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) umum kadar bayaran dividen tahun ini dengan purata sebanyak lima peratus.

KPF dalam satu kenyataan memaklumkan agihan dividen akan dibayar secara tunai ke akaun modal syer anggota dan pengeluaran dividen dibuat secara atas talian.

Menurut KPF, jumlah dividen itu menunjukkan prestasi yang stabil serta komitmen untuk terus memberi pulangan yang baik kepada anggotanya.

“Pelbagai inisiatif dan strategi telah dirangka oleh barisan Lembaga dan pengurusan untuk memastikan KPF kekal relevan dalam gerakan koperasi nasional dan Kumpulan FELDA, khususnya bagi memastikan segala keperluan anggota dipenuhi dan merealisasikan peranan pentingnya dalam memperkasakan ekonomi warga FELDA. 

“Dengan sokongan FELDA, KPF sedang dan telah melaksanakan pelan penstrukturan aset pelaburan untuk memenuhi keperluan tunai semasa dan merancang pendapatan mampan untuk jangka masa panjang,” kata KPF dalam kenyataan hari ini.

Pelan tindakan itu yang melibatkan penstrukturan semula aset pelaburan dan modal syer yang kini berjumlah hampir RM4.0 bilion, sedang dilaksanakan. 

Pelan tersebut memastikan aktiviti pelaburan dan perniagaan memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada anggota serta menyelesaikan isu pengeluaran syer anggota.

Kadar dividen KPF diumum hari ini selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan KPF yang menghimpunkan 1,404 perwakilan.

Mesyuarat tersebut mengandungi 11 agenda penting yang dibincangkan oleh para perwakilan, merangkumi pelbagai aspek yang akan memberi impak kepada masa depan KPF dan anggotanya yang berjumlah kira-kira 255,000 orang.

Sementara itu, KPF komited dalam menyelesaikan tunggakan penebusan bagi permohonan yang bermula pada bulan Februari hingga Julai 2023 menjelang akhir bulan Mac 2024. 

Manakala permohonan penebusan selebihnya akan dibayar secara berkala mengikut sistem penggiliran dan ketersediaan tunai. 

Walaubagaimanapun, keutamaan diberikan kepada permohonan yang melibatkan urusan haji, sakit kritikal atau lain-lain urusan yang munasabah mengikut kelulusan lembaga. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading