Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KOS HAJI MUASSASAH KEKAL RM33,300, JEMAAH B40 BAYAR RM15,000

UTAMA

KOS HAJI MUASSASAH KEKAL RM33,300, JEMAAH B40 BAYAR RM15,000

Kos haji Muassasah kekal pada RM33,300 seorang untuk tahun keempat berturut-turut. Kadar bayaran bagi jemaah B40 kekal RM15,000, manakala kumpulan M40 hanya RM23,500.

PUTRAJAYA: Kos haji Muassasah bagi musim 1448H/2027M dikekalkan pada RM33,300 seorang untuk tahun keempat berturut-turut, ketika Lembaga Tabung Haji (TH) terus menanggung sebahagian kos melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, kadar bayaran bagi jemaah B40 kekal RM15,000, manakala kumpulan M40 perlu membayar RM23,500.

“Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) bagi jemaah B40, termasuk bantuan RM1,000 daripada kerajaan, dikekalkan pada RM18,300 atau 55 peratus daripada kos keseluruhan.

“Bagi jemaah M40, HAFIS kekal pada RM9,800 atau 29 peratus daripada kos keseluruhan, manakala jemaah T20 perlu menjelaskan kos penuh RM33,300,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifli, TH memperuntukkan RM234 juta bagi menanggung HAFIS secara bersasar, manakala kerajaan akan meneruskan bantuan RM1,000 kepada bakal haji B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama bagi tahun kelima berturut-turut.

Kos berkenaan berjaya dikawal meskipun berdepan tekanan inflasi perkhidmatan dan kesan konflik geopolitik di Asia Barat.

“TH berjaya memantau dan mengawal kenaikan kos berasaskan tadbir urus yang cekap tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan. Kerajaan bersama TH akan terus memantau struktur kos dari semasa ke semasa mengikut persekitaran global,” katanya.

Dalam pada itu, persiapan awal bagi musim haji 1448H/2027M telah dimulakan dengan surat tawaran haji dijangka dikeluarkan secara berperingkat bulan ini.

“Bakal jemaah dinasihatkan membuat persediaan rapi dari segi kesihatan, kewangan dan kefahaman ilmu selaras dengan konsep istito’ah,” tambahnya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading