Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA MAUT, SEORANG CEDERA KERETA TERBABAS REMPUH POKOK

DALAM NEGARA

DUA MAUT, SEORANG CEDERA KERETA TERBABAS REMPUH POKOK

Sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Kuantan terbabas sebelum merempuh sebuah pokok, dua maut manakala seorang lagi cedera ringan.

ROMPIN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Kuantan.

Mangsa pemandu Proto Iswara R. Vijay, 27 tahun, maut ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, manakala penumpang belakang kereta P. Vijayan, 17 tahun, yang merupakan anak saudara kepada pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sharit berkata, kereta itu kemudian merempuh sebatang pokok di sebelah kiri jalan menyebabkan Vijayan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa, remaja berusia 16 tahun iaitu penumpang tempat duduk hadapan, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati mangsa masing-masing bekerja di sebuah pusat cucian kereta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan secara melulu atau berbahaya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading