Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MB NEGERI SEMBILAN DIPAKSA TANDATANGAN SURAT CARA PROKLAMASI

UTAMA

MB NEGERI SEMBILAN DIPAKSA TANDATANGAN SURAT CARA PROKLAMASI

Menteri Besar Negeri Sembilan mendakwa menandatangani Surat Cara Proklamasi secara paksaan dan tanpa rela hati sebelum membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini secara paksaan dan tanpa rela hati, selain sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa Surat Cara tersebut telah saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).

“Saya telah membuat laporan polis pada sekitar jam 6 petang pada 8 September 2026 bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, kerajaan negeri berpandangan dokumen berkenaan tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Oleh itu, ia adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Dalam pada itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada 8 September turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Pendamai sebagai wadah mencari penyelesaian terhadap isu adat secara harmoni dan berlandaskan semangat muafakat.

Kerajaan negeri turut merujuk Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan berhubung jaminan Persekutuan terhadap hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan.

“Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading