Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HELIKOPTER BAWA LIMA PENUMPANG TERHEMPAS

DALAM NEGARA

HELIKOPTER BAWA LIMA PENUMPANG TERHEMPAS

Helikopter perkhidmatan doktor udara (Flying Doctor Service) membawa 5 penumpang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak. 

SARAWAK: Sebuah helikopter membawa 5 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pihaknya mengesahkan insiden berkenaan berlaku sekitar jam 3.58 petang tadi.

“Helikopter berkenaan sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (Flying Doctor Service) dengan membawa lima individu termasuk juruterbang.

Walau bagaimanapun, CAAM memaklumkan punca insiden masih belum dapat disahkan.

“Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading