Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KP KESIHATAN BUKAN HADIR UPACARA FREEMASON

DALAM NEGARA

KP KESIHATAN BUKAN HADIR UPACARA FREEMASON

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menghadiri upacara pergerakan ‘Freemasons’ disahkan tidak benar selepas Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh (RCSEd) mengesahkan beliau menerima anugerah ‘Fellowship Ad Hominem’ pada Februari 2018.

Kenyataan yang dikeluarkan RCSEd bertarikh semalam, 21 Mei 2021, memaklumkan bahawa anugerah tersebut antara yang tertinggi dikurniakan kepada pengamal perubatan yang masih berkhidmat atau bersara mahu pun mana-mana individu dianggap layak.

Dr Noor Hisham turut memuat naik kenyataan RSCEd di laman Facebook beliau serta turut menafikan dakwaan yang berunsur fitnah dan tidak benar bahawa beliau menghadiri upacara ‘Freemasons’.

“Penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dan sukar ditangani. Kebanyakan aplikasi media sosial diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.

“Alhamdulillah pihak RSCEd telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan beberapa individu tidak bertanggungjawab yang mengaitkan gambar lama Dr Noor Hisham hadir ke majlis anugerah tersebut dengan upacara keagamaan dan ‘Freemason’. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading