Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAFER EMAS ‘UNTUKMU PALESTIN’

ADVERTORIAL

WAFER EMAS ‘UNTUKMU PALESTIN’

KUANTAN: Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) mengeluarkan wafer emas edisi khas ‘Untukmu Palestin’ dalam usaha untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang diuji dengan kekejaman Israel.

Pengerusi Ko-Makmur, Hishamuddin Abdullah berkata 100 peratus keuntungan jualan wafer emas tersebut akan disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Palestin.

“Wafer ‘Untukmu Palestin’ ini 100 peratus keuntungan akan diserahkan kepada tabung Palestin di mana kita bekerjasama dengan Muslim care yang akan menguruskan sumbangan dan menyalurkan bantuan.

“Sebanyak 5,000 keping dikeluarkan untuk edisi pertama dan sekiranya ada permintaan kita akan tambah pengeluaran wafer ini,” katanya.

Kata Hishamuddin, wafer emas berkenaan seberat satu gram seunit dan dijual pada harga RM330.

Wafer edisi khas itu kata beliau boleh didapati di semua cawangan Makmur Gold. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in ADVERTORIAL

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading