Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUBUR ‘BERDARAH’: TIADA UNSUR KHIANAT DAN SABOTAJ – POLIS

DALAM NEGARA

KUBUR ‘BERDARAH’: TIADA UNSUR KHIANAT DAN SABOTAJ – POLIS

ALOR SETAR: Polis telah mengambil beberapa sampel tanah di sebuah kubur di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga yang tular kerana didakwa ‘berdarah’ untuk menjalankan siasatan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh siasatan terkini mendapati tiada unsur khianat atau sabotaj dikesan.

“Setakat siasatan yang dijalankan kita dapati tiada unsur khianat atau unsur sabotaj yang berlaku di kawasan kubur tersebut dan pengurusan masjid juga memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Semalam tular di media sosial gambar dan video sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan cecair berwarna merah seakan darah sehingga menimbulkan persoalan pelbagai pihak khususnya warganet.

Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah melakukan siasatan di tanah perkuburan itu hari ini. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading