Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPUL BERAMAI-RAMAI, 46 INDIVIDU DIKOMPAUN RM1,000

DALAM NEGARA

KUMPUL BERAMAI-RAMAI, 46 INDIVIDU DIKOMPAUN RM1,000

ALOR SETAR: Seramai 46 individu telah dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan berkumpul beramai-ramai di sebuah kedai makan di Tebengau, Alor Setar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, serbuan kira-kira jam 6 petang itu dilakukan selepas menerima aduan orang awam terdapat aktiviti orang ramai berkumpul di kawasan itu.

Katanya, kesemua individu tersebut dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang mengikut peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jika pemerhatian dan pemantauan mendapati masyarakat masih lagi tidak dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ini maka kita akan menambah pasukan pemantau ini supaya tindakan boleh diambil.

“Kita juga telah mendapat arahan daripada pucuk pimpinan bahawa tiada lagi sebarang teguran dan tiada lagi sebarang nasihat. Tindakan kompaun akan diambil secara terus,” katanya.

Mohd Redzuan berkata kini sembilan pasukan pemantau telah dikerah melakukan pemantauan di sekitar daerah Kota Setar bagi memastikan orang awam mematuhi SOP terutamanya penjarakan sosial.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading