Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPULAN SYIAH IRAQ HALAU TENTERA AS

DUNIA

KUMPULAN SYIAH IRAQ HALAU TENTERA AS

BAGHDAD: Wakil kumpulan Syiah Iraq membuat keputusan untuk bersatu bagi menghalau tentera Amerika Syarikat (AS) dari wilayah konflik itu, kata salah seorang jurucakap kumpulan itu semalam.

Agensi berita Anadolu melaporkan keputusan untuk “bersatu dan menyelaraskan tentera” ditetapkan untuk membebaskan Iraq daripada Tentera AS, demikian menurut Nasr al-Shammari dari Pergerakan Al Nujaba kepada agensi berita rasmi Iraq (INA).

Beliau berkata Ulama Iraq, Muqtada al-Sadr bertemu dengan wakil Asa’ib Ahl al-Haq, Briged Sayyid al-Shuhada, Pergerakan Nujaba dan wakil Saraya al-Salam di barat daya Iran di Qom.

Pertubuhan Syiah Iraq “memberi peluang” kepada kerajaan dan parlimen Iraq untuk mengusir tentera asing secara demokrasi, kata al-Shammari.

Parlimen Iraq mengundi pada 5 Januari dalam gerakan untuk mengusir tentera AS.

Dalam satu sesi mesyuarat tergempar itu, penggubal undang-undang sebulat suara menghalau tentera asing dan AS keluar dari negara itu.

Tindakan itu diambil selepas Ketua Elit Pasukan Quds bagi Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani dibunuh dalam serangan dron AS pada 3 Januari lalu di luar kawasan Lapangan Terbang Baghdad, Iraq. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading