PROTES IRAN: KETUS POLIS NAFI INSIDEN TEMBAKAN

Last Updated on

TEHRAN: Ketua Polis Tehran, Hossein Rahimi semalam menafikan pasukan keselamatan di bawah arahan pihaknya menembak perusuh beberapa hari lepas, demikian menurut laporan stesen TV tempatan.

Agensi berita Xinhua dalam laporannya berkata ratusan penunjuk perasaan pada Sabtu dan Ahad lalu, cuba untuk melakukan demonstrasi di ibu kota Tehran sebagai bantahan perisitiwa menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine oleh Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) di ruang udara Tehran.

IRGC bertanggungjawab untuk “kekeliruan” dalam menembak pesawat.

Rahimi berkata pegawai polis Tehran telah diarahkan untuk menunjukkan kekangan dalam menghadapi protes. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply