Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMIMPIN TERTINGGI IRAN GESA KERJASAMA SERANTAU

DUNIA

PEMIMPIN TERTINGGI IRAN GESA KERJASAMA SERANTAU

TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam menggesa semua pihak meningkatkan kerjasama serantau.

Situasi semasa di rantau ini membuatkan kerjasama serantau dan mengelakkan kebergantungan kepada pihak asing satu keperluan, kata Khamenei dipetik agensi berita Anadolu semasa sesi pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Iran telah berulangkali mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk kerjasama yang lebih dekat dengan negara-negara serantau, katanya.

Khamenei juga menekankan kepentingan hubungan ekonomi antara Iran dan Qatar.

Emir Qatar berkata, “kami juga bersetuju dengan kenyataan (Khamenei) dalam pertimbangan kerjasama di antara negara serantau dan percaya dialog secara menyeluruh perlu diadakan di antara negara serantau.”

Beliau turut meluahkan penghargaan terhadap sokongan Iran kepada Qatar apabila ia dikenakan sekatan oleh negara Arab sejak beberapa tahun lalu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading