Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPOR POLIS JIKA BERLAKU POTONG BARISAN DALAM PEMBERIAN VAKSIN

DALAM NEGARA

LAPOR POLIS JIKA BERLAKU POTONG BARISAN DALAM PEMBERIAN VAKSIN

IPOH: Orang ramai boleh membuat laporan polis jika ada maklumat kejadian potong barisan dalam proses pemberian vaksin fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kesalahan tersebut dianggap satu penyelewengan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak terlibat.

“Jika berlaku kejadian tersebut, saya minta untuk melaporkan pada pihak saya.

“Mungkin ada penyelewengan dalam segelintir pihak, dan mungkin itu satu kesalahan jenayah,” katanya selepas Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli di Ulu Kinta, Ipoh.

Sebelum ini, terdapat dakwaan seramai 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan cuba memotong barisan bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 terawal.

Abdul Hamid memaklumkan tiada laporan rasmi dibuat kepada pihaknya berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat perkara tersebut dan segera melaporkan kepada pihak polis jika ia benar berlaku.

Sementara itu, beliau mengesahkan belum ada tangkapan dibuat terhadap mana-mana ahli kumpulan anti-vaksin.

Mengulas lanjut, pihaknya akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap kumpulan tersebut mencabar pihak berkuasa dengan menyebarkan propaganda menghasut masyarakat menolak vaksin.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading