MENGAMUK TAK DAPAT MAKAN LEPAS 10 MALAM

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan polis manakala lapan lagi sedang diburu berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata suspek yang telah ditahan berusia antara 27 hingga 35 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam apabila sekumpulan individu tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan menjamu selera di restoran terbabit.

“Ini kerana pemilik restoran sudah mahu menutup operasi perniagaan mereka pada jam 10 malam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan kerajaan,” katanya kepada media hari ini selepas Majlis Pelancaran Suntikan Vaksin COVID-19 Polis Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Jinjang.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Hari ini tular di media sosial rakaman video berhubung kejadian itu yang menunjukkan sekumpulan individu membaling kerusi dan meja di hadapan sebuah restoran. — AlHijrah Online

Leave a Reply