Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LARANG GADIS BELAJAR SENI, TALIBAN TUTUP SEKOLAH KESENIAN

DUNIA

LARANG GADIS BELAJAR SENI, TALIBAN TUTUP SEKOLAH KESENIAN

Taliban telah menutup sebuah sekolah kesenian yang mengajar seni khat di wilayah Herat di barat Afghanistan selepas mendapat tahu terdapat gadis belajar di sekolah itu.

Gambar hiasan (AFP)

KABUL: Taliban telah menutup sebuah sekolah kesenian di wilayah Herat di barat Afghanistan selepas mendapat tahu terdapat gadis belajar di sekolah itu, memetik sumber, lapor Sputnik.

Menurut sumber itu, pada 5 Sept lalu, pihak kementerian yang berkaitan telah menutup Galeri Kamaleddin Behzad.

Galeri itu juga berfungsi sebagai sekolah seni untuk mengajar seni khat kepada dua gadis. Galeri itu ditubuhkan di bawah kerajaan terdahulu dan beroperasi selama 40 tahun, tambah sumber itu.

Taliban telah menyekat hak wanita untuk mengembara, belajar dan bekerja, sejak menguasai Afghanistan pada Ogos 2021, selepas pengunduran tentera antarabangsa dan kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir tahun 2022, Taliban melarang gadis dan wanita daripada menghadiri sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Tindakan itu menerima kecaman antarabangsa, dengan banyak negara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa pihak berkuasa Afghanistan untuk menarik balik sekatan ke atas hak wanita. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading