KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut MPC bertindak mengekalkan OPR pada paras tersebut.
Dalam kenyataan sejurus berakhirnya mesyuarat itu, BNM menjelaskan pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta konsisten dengan penilaian semasa berkaitan dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.
“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya.
Mesyuarat keenam dan terakhir MPC bagi tahun ini dijadual berlangsung pada 1-2 Nov, 2023.
Menjelaskan selanjutnya, BNM berkata pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank-bank pusat lain juga dijangka kekal ketat.
“Ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negara yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh. Bagaimanapun, pertumbuhan global terus terjejas akibat inflasi teras yang kekal tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.
“Perdagangan global juga terjejas disebabkan oleh peralihan perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan serta permintaan yang terus berkurangan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E),” katanya.
Selain itu, BNM berkata, pertumbuhan yang lebih perlahan daripada jangkaan di China turut menjejaskan ekonomi global.
“Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun dan meskipun inflasi teras makin perlahan di ekonomi maju, ia masih melebihi purata jangka panjang,” katanya.
Sehubungan itu, bank pusat tersebut menjangkakan prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi negara maju yang lebih perlahan dan inflasi sebenar lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang kian meruncing serta keadaan pasaran kewangan yang ketat secara mendadak.
Di peringkat tempatan, kata BNM, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun 2023 telah terkesan akibat permintaan luaran lebih perlahan serta penurunan pengeluaran komoditi.
“Pada masa hadapan, pertumbuhan akan terus didorong oleh perbelanjaan dalam negara yang berdaya tahan dalam keadaan persekitaran luaran yang mencabar.
“Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan, khususnya dalam sektor berorientasikan dalam negara, juga terus menyokong perbelanjaan isi rumah,” katanya.
Selain itu, kata BNM, ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat manakala aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan selain pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk negara yang diumumkan baru-baru ini.
Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan.
“Faktor-faktor ini akan terus menyokong momentum pertumbuhan menjelang tahun 2024.
“Meskipun prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan perlahan akibat permintaan luaran lebih lemah berbanding jangkaan serta penurunan pengeluaran komoditi lebih besar dan berpanjangan, namun kemungkinan pertumbuhan untuk meningkat (adalah didorong) terutamanya daripada aktiviti pelancongan lebih kukuh daripada jangkaan, pemulihan permintaan E&E yang lebih teguh serta pelaksanaan projek sedia ada dan projek baharu yang lebih pantas,” katanya.
Dalam pada itu, BNM berkata, selaras dengan jangkaan, inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus mereda berikutan keadaan kos yang lebih sederhana.
Malah, bank pusat itu menjangkakan trend menurun tersebut akanberterusan pada separuh kedua 2023 yang sebahagiannya mencerminkan asas lebih tinggi daripada separuh kedua 2022 serta keadaan momentum kenaikan harga yang terus mereda.
“Risiko terhadap prospek inflasi pula terus dipengaruhi oleh perubahan dasar dalam negara berkaitan subsidi dan kawalan harga, perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan selain inflasi teras yang berlarutan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.