STARLINK BANTU ORANG ASLI SUNGAI TEMON TINGKAT TARAF PENDIDIKAN
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan terhadap usaha yang dilakukan dan sekurang-kurangnya memberi semangat baharu dan menarik minat anak-anak di kampung ini untuk belajar serta mahir dalam ilmu sains dan teknologi.”
Masyrakat Orang Asli Seletar gembira dapat melayari internet lebih lancar apabila keluhan mereka diberi perhatian dengan pemasangan peranti satelit Starlink di dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon ketika tinjauan Bernama baru-baru ini. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Temon di sini menyifatkan pemasangan peranti satelit Starlink di kampung itu membantu mereka meningkatkan taraf pendidikan anak-anak seiring dengan arus pembangunan.
Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Temon, Salim Palon berkata inisiatif tersebut amat dinanti-nantikan penduduk khususnya golongan muda memandangkan sering mengalami gangguan untuk mengakses Internet kerana kedudukan kampung itu berdekatan dengan Singapura.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan terhadap usaha yang dilakukan dan sekurang-kurangnya memberi semangat baharu dan menarik minat anak-anak di kampung ini untuk belajar serta mahir dalam ilmu sains dan teknologi.
“Sebelum ini, capaian Internet memang susah nak dapat dan kadang-kadang mahu berbual menerusi telefon pun susah akibat talian akan bersambung dengan frekuensi negara jiran kerana capaian frekuensi mereka lebih kuat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau yang memimpin masyarakat Orang Asli suku Seletar di Sungai Temon hampir 40 tahun berkata inisiatif pemasangan itu membuktikan kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan kebajikan dan pendidikan masyarakat Orang Asli.
“Sebelum ini, ada beberapa anak-anak dibekalkan komputer riba, tetapi disebabkan tidak dapat akses Internet, komputer riba itu terperuk menjadi ‘besi buruk’, malah ada juga penduduk terpaksa menumpang data orang lain atau pergi ke darat (bandar) untuk Internet yang lancar,” katanya.
Salim berkata peranti satelit yang dipasang di dewan serbaguna kampung itu bukan sahaja demi kepentingan pendidikan anak-anak, malah telah memudahkan penduduk untuk berhubung antara satu sama lain termasuk pihak berkuasa terutamanya apabila berlaku kecemasan.
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor, Orang Asli Seletar merupakan antara suku yang terdapat dalam kumpulan Melayu Proto dan mereka adalah kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal di pulau, persisiran pantai serta kuala sungai.
Sehingga kini, seramai 289 penduduk daripada 74 keluarga menetap di Kampung Orang Asli Sungai Temon dengan majoriti pekerjaan penduduk termasuk wanita adalah nelayan.
Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Orang Asli Islam Semenanjung Malaysia (BKOA) Datuk Isa Ab Hamid berkata peranti satelit itu dapat mengurangkan jurang digital sekali gus melahirkan lebih ramai masyarakat Orang Asli celik teknologi.
“Kemudahan ini akan memberi peluang kepada anak-anak Orang Asli mendalami ilmu pengetahuan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tercicir dari aspek pendidikan, malah ia turut membantu guru-guru tuisyen untuk mencari bahan ketika mengajar di kampung tersebut.
“Bukan itu sahaja, dengan adanya akses Internet yang pantas, masyarakat Orang Asli Sungai Temon yang rata-ratanya nelayan dapat mempromosikan hasil laut dan produk berasaskan perikanan secara dalam talian sekali gus meningkatkan taraf ekonomi mereka,” kata bekas Ahli Dewan Negara yang mewakili masyarakat Orang Asli itu.
Pada Sabtu lepas, dilaporkan usaha Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memasang peranti tersebut di Kampung Orang Asli Sungai Temon berjaya menyelesaikan masalah capaian Internet dihadapi sebelum ini.
Ia merupakan peranti ketiga melibatkan pemasangan di perkampungan Orang Asli selepas di Kampung Orang Asli Kemensah, Gombak di Selangor dan Kampung Orang Asli Tonggang, Tambun di Perak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked