Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LARANGAN GUNA SURAT MITI UNTUK RENTAS NEGERI BERMULA 18 HINGGA 21 JULAI

DALAM NEGARA

LARANGAN GUNA SURAT MITI UNTUK RENTAS NEGERI BERMULA 18 HINGGA 21 JULAI

GAMBAR ARKIB- AFP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota di sekatan jalan raya (SJR) untuk tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tujuan pergerakan rentas negeri bermula 18 hingga 21 Julai 2021.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata arahan itu bagi mengelakkan salah guna surat tersebut untuk merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

“PDRM telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Jesteru itu bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua SJR sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Acryl Sani menjelaskan, larangan itu tidak terpakai untuk urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Tegasnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Masyarakat katanya dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading