Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPULAN BENDERA HITAM, BAWA PATUNG JENAZAH AKAN DIKOMPAUN

DALAM NEGARA

KUMPULAN BENDERA HITAM, BAWA PATUNG JENAZAH AKAN DIKOMPAUN

Sumber Gambar: TheVibes

KUALA LUMPUR: Polis akan mengenakan kompaun terhadap 20 individu yang berkumpul sambil membawa bendera hitam dan lima patung menyerupai jenazah dikapan, di Padang Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kumpulan terbabit yang diketuai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang juga gabungan parti politik, dikesan pada jam 2.55 petang.

Zainal memberitahu kumpulan tersebut berhimpun dan melancarkan kempen puisi bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

“Susulan itu, pada 3 petang, Pasukan Dang Wangi yang diketuai Supt Naazron Abdul Yusoff bersama Pasukan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pergi ke lokasi kejadian dan mengarahkan kumpulan terbabit supaya bersurai dan beredar dari Padang Dataran Merdeka.

“Pada 3.10 petang, kumpulan terbabit bersurai dan beredar sepenuhnya dari Padang Dataran Merdeka. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Siasatan awal dilakukan polis telah mengenal pasti tiga individu yang menjadi penganjur himpunan itu.

Tambahnya, kesemua individu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dikompaun atas kesalahan perlanggaran Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 iaitu Larangan Berhimpun.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading